kehidupan di sini ternyata berbeza sama sekali bebanding dahulu. aku perlu lakukan sendiri semuanya. semua bergantung pada aku. tiada lagi orang lain yang boleh membantu melainkan aku yang mencari bantuan. dalam masa beberapa hari saja lagi aku akan berhadapan dengan sesuatu yang sangat menggerunkan kerana aku terpaksa menceburi bidang yang tidak berapa aku gemari. terpaksa. perkataan itu cuba aku buang jauh2 dari kotak mindaku dan tanamkan aku suka, aku sayang bidang ini :) tapi nampaknya usahaku masih belum berhasil. sehingga sekarang aku masih meneruskan usahaku. dan akan cuba melipatgandakan usahaku kerana ia telah semakin hampir. sangat dekat sekali! lagi 3 hari sahaja dan semuanya bakal teruji. selamat maju jaya buat aku dan juga sahabat2 yang bakal menghadapinya.
harapan. hatiku risau sekali apabila terkenangkan harapan mak dan abah. mak, abah maafkan aku jika aku tidak dapat memenuhi harapanmu. tapi! aku tidak akan mengalah selagi peluang masih luas terbuka :)
*post2 yang lalu aku agak keanak - anakan kerana aku memang keanak - anakan pada masa itu.
*ayat skematikus :D
*Selamat Hari Malaysia to all Malaysian (:
No comments:
Post a Comment