Saturday, September 17, 2011

Riang ria open house :)

Aktiviti semasa minggu ulangkaji. Nak tahu? Open house lah jawabnya. Orang lain sibuk hadap buku aku sibuk hadap makanan. Apa salahnya kan? Raya pun belum habis. Majlis ni diadakan di Pusat Sukan UiTM Shah Alam. Aku yang tahu last minute dengan kelajuan cahaya pergi sebab tempatnya belakang kolej aku je.
Meriah! Semua orang berlari - lari datang nak makan free :) siapa tak suka! Gambar di bawah sempat aku snap (actually kawan aku) di bawah terik mentari.


Bersama dekan yang menjadi prop zaman Jepun di Tanah Melayu




Jom ikut beraya di Jowo :D

Jomlah ikut naik. Free je. Kelakar wak yang jaga bas ni. Gerai ni gerai makanan Jowo. Masa orang nak snap gambar dia sibuk buat promosi "mari2 ambik gambar boleh masuk dalam pesbuk! " Jadi artislah sekejap, semua orang tengok. Malu :D

*Kecewa sebab tak sempat nak berposing dengan awek2 berpurdah kat gerai ala2 Arab :'(
tak apa,tahun depan datang lagi! 



Thursday, September 15, 2011

Nothing to display

kehidupan di sini ternyata berbeza sama sekali bebanding dahulu. aku perlu lakukan sendiri semuanya. semua bergantung pada aku. tiada lagi orang lain yang boleh membantu melainkan aku yang mencari bantuan. dalam masa beberapa hari saja lagi aku akan berhadapan dengan sesuatu yang sangat menggerunkan kerana aku terpaksa menceburi bidang yang tidak berapa aku gemari. terpaksa. perkataan itu cuba aku buang jauh2 dari kotak mindaku dan tanamkan aku suka, aku sayang bidang ini :) tapi nampaknya usahaku masih belum berhasil. sehingga sekarang aku masih meneruskan usahaku. dan akan cuba melipatgandakan usahaku kerana ia telah semakin hampir. sangat dekat sekali! lagi 3 hari sahaja dan semuanya bakal teruji. selamat maju jaya buat aku dan juga sahabat2 yang bakal menghadapinya.

harapan. hatiku risau sekali apabila terkenangkan harapan mak dan abah. mak, abah maafkan aku jika aku tidak dapat memenuhi harapanmu. tapi! aku tidak akan mengalah selagi peluang masih luas terbuka :)

*post2 yang lalu aku agak keanak - anakan kerana aku memang keanak - anakan pada masa itu.
*ayat skematikus :D
*Selamat Hari Malaysia to all Malaysian (: