Saturday, September 17, 2011

Riang ria open house :)

Aktiviti semasa minggu ulangkaji. Nak tahu? Open house lah jawabnya. Orang lain sibuk hadap buku aku sibuk hadap makanan. Apa salahnya kan? Raya pun belum habis. Majlis ni diadakan di Pusat Sukan UiTM Shah Alam. Aku yang tahu last minute dengan kelajuan cahaya pergi sebab tempatnya belakang kolej aku je.
Meriah! Semua orang berlari - lari datang nak makan free :) siapa tak suka! Gambar di bawah sempat aku snap (actually kawan aku) di bawah terik mentari.


Bersama dekan yang menjadi prop zaman Jepun di Tanah Melayu




Jom ikut beraya di Jowo :D

Jomlah ikut naik. Free je. Kelakar wak yang jaga bas ni. Gerai ni gerai makanan Jowo. Masa orang nak snap gambar dia sibuk buat promosi "mari2 ambik gambar boleh masuk dalam pesbuk! " Jadi artislah sekejap, semua orang tengok. Malu :D

*Kecewa sebab tak sempat nak berposing dengan awek2 berpurdah kat gerai ala2 Arab :'(
tak apa,tahun depan datang lagi! 



Thursday, September 15, 2011

Nothing to display

kehidupan di sini ternyata berbeza sama sekali bebanding dahulu. aku perlu lakukan sendiri semuanya. semua bergantung pada aku. tiada lagi orang lain yang boleh membantu melainkan aku yang mencari bantuan. dalam masa beberapa hari saja lagi aku akan berhadapan dengan sesuatu yang sangat menggerunkan kerana aku terpaksa menceburi bidang yang tidak berapa aku gemari. terpaksa. perkataan itu cuba aku buang jauh2 dari kotak mindaku dan tanamkan aku suka, aku sayang bidang ini :) tapi nampaknya usahaku masih belum berhasil. sehingga sekarang aku masih meneruskan usahaku. dan akan cuba melipatgandakan usahaku kerana ia telah semakin hampir. sangat dekat sekali! lagi 3 hari sahaja dan semuanya bakal teruji. selamat maju jaya buat aku dan juga sahabat2 yang bakal menghadapinya.

harapan. hatiku risau sekali apabila terkenangkan harapan mak dan abah. mak, abah maafkan aku jika aku tidak dapat memenuhi harapanmu. tapi! aku tidak akan mengalah selagi peluang masih luas terbuka :)

*post2 yang lalu aku agak keanak - anakan kerana aku memang keanak - anakan pada masa itu.
*ayat skematikus :D
*Selamat Hari Malaysia to all Malaysian (:

Friday, October 30, 2009

nice part!


hey! hari ni aku nak story pasal kenkawan aku. hmm,1st nak cerita pasal sorang budak nakal nih. hehe=) yg kiri sekali posing baik punya ngan kain burok ijau dia 2. we call her chicka. nak tau kenapa?sebab dia ni gila3 ayam. pantang jumpa ayam! sukaaaaaa sgt makan ayam. huhu.. actually chicka tu nama gabungan chicken and shafiqa. so jd la chicka. ayam3! chicka~ dia ni memang gila2. best lepak ngan dia. hari tu kitorang pekena kanak2 dalam dorm. semua percaya beb! lepas tu kitorang buat lakonan smula. sampai menangis - nangis budak tu kena tipu kononnya minggu tu tak boleh balik. hohoho.. biasa la,tinggal kat asrama..siapa tak rindu family kan. in adition budak tu manjaaa sangat dengan family dia. kalau korang tegok keakraban dia dengan family dia mesti jealous punya. berbalik kepada si chicka ni. memang sempoi! suka bergaya and sayang sangat kat rambut dia. forgot something! softball~ tegok kaki la beb. terror gila main softball. kalau ada softball kat sukma, dah lama dah jadi wakil ni. hope nanti ada la sukan tu kat sukma. boleh gak tumpang glamour dia. hehe :)

next, sahabatku yang manis kat sebelah chicka, yang duduk atas tayar tu our geng panggil doktor! suka sangat and teringin sangat nk jadi doktor! sesuai sangat la dengan kepintarannya kan. respect gila dengan dia. dah la pandai, cantik pulak tu. habis la koyak seluar dia kalau baca blog aku ni! sayang sangat sama ini budak. harap2 dia berjaya further study kat mesir. khusyuk  je dia dengar aku cerita pasal trip aku pergi mesir dulu. dia ni minat sangat dengan bahasa arab. tapi sayang, tahun ni tak  ada kelas arab untuk budak form 4. sabar je la kan. pedas3~ suka makan masakan yang pedas2. kalau tak pedas tak boleh hidup! katanya la kan. study memang fokus! sampai jealous aku nengoknyer..

next,pasal sorang budak cengeng ni. manjeee sangat! yang bertudung putih tu. sorang dia je tudung putih. tau kenapa aku kata dia cengeng?sebab suka sangat menangis and cepat mengalirkan air mata. aku ingat dia ni OTAI! tak layan la nangis2 ni.. buang karan jerkk...heee^-^ my twins ni tak pernah membantah kalau org mintak talong apa2. selagi dia boleh tolong mesti tolong punya. tu yang aku sayang kt dia tu. tapi! konflik dia ni banyak sangat. tak larat aku nak fikir. tapi what ever you do, i will allways with you!

then, awek cun yang dalam tayar tengah sambil menopang dagu tu. yang sebelah kiri nama manja fasha sandha. hehe, sebab gaya dia. gaya *sejibik macam fasha! ada la sesetengah part dia. dia ni sorang yang pintar, tapi suka sangat sembunyikan kepintaran dia tu. simpan deep in her brain. tak larat nak korek dah dia punya iq tu. dia antara salah sorang pelajar yang menggempakkan result pmr tahun lepas! fuhhh, terror tu. harap2 tahun depan gempak jugak la ye spm kamu fasha! aminn~ cita2 nka jadi pramugari! excited je cerita pasal awan dania. memang sesuai~ best of luck!
sekarang ni pasal ini budak pulak. yang kanan sekali. namanya niniey=) budak ni la yang kena `chong' (tipu) dengan aku and chicka. manja kan? dari air muka dah tau. ni pun pandai juga. math memang tak boleh lawan la dengan dia. bijak2. kadang2 jealous tegok dia. family dia selalu hantar dia kat hostel sampai kat dalam. family aku tak pernah pun buat macam tu. tapi tak apa. asalkan aku tau dorang sayang aku sudah...

EMOSI! kalau makan, muka memang seram gila aku tengok. tak ada emosi langsung. sampai terkenal dengan muka blur time mkn. tak apa la kawan. janji tak makan pedas. ayat tersirat. dia je faham ni. cita2? semua dia nak jadi. akauntan, peguam, pensyarah, azira. oppsss,hehe... aku pun pening mana 1. tapi tak apa, janji ada sudah..
aku sayangggg sangat2 kat sahabat2ku ni. dorang la peneman suka dan duka. semoga hubungan kita berkekalan. friendship last forever (:

Saturday, October 17, 2009

Peristiwa sedih



salam. tanggal 7.10.2009 nenek aku kembali ke rahmatullah. pagi2 lagi aku dapat tau. hari tu lepas solat subuh aku tidur balik. then, dalam pukul 7 abah aku ketuk pintu dan bagitau aku nenek aku dah tak ada. aku masa tu blur je. biasalah baru bangun tidur. aku pun siap2 la mandi,pakai baju kurung. lepas tu kitorang bertolak balik kampung. sebelum tu aku pergi ambik abang aku dulu kat kolej dia baru balik kampung. sampai2 je aku tengok orang dah ramai sangat kat rumah nenek aku. kami semua masuk dalam nak tengok jenazah. aku cool je masa tu. kononnye la kan. macam biasa bila ada orang meninggal orang ramai datang mengaji dan baca yasin. aku pun baca la yasin 3 kali dan Quran 1 juzuk sedekah untuk nenek aku. 

dipendekkan cerita, lepas makan apa semua aku dapat tau dorang nk simpan(kebumikan) lepas asar. so aku dalam keletihan pergi la naik tingkat atas nak tidur. tidur punya tidur, tiba2 kakak aku kejut.aku tak bangun. dalam mamai tu aku kata kejap la. kakak aku pun turun la. dia kata kat aku, adik bagun dik. jom kita p sayang tok(nenek). 5 mnit lepas tu aku terjaga. aku pun cepat2 turun bawah nak pergi kucup dahi nenek aku. tapi sayang, masa tu semua saudara terdekat dah kucup dahi nenek aku. elok2 je aku sampai dorang ramai2 nak angkat nenek aku untuk dikafankan. aku sabar lagi sebab selalunya sebelum nak kafankan orang panggil semua anak cucu kucup dahi dulu. aku tunggu je la. tunggu punya tunggu last2 aku tegok dorang bungkus terus je muka nenek aku. tak panggil anak cucu kucup dahi pun. lepas tu apa lagi, meleleh la air mata ni haaa.. kakak aku kata tu la,orang suruh bangun tak nak. kan dah tak sempat. 

aku menangis punya menangis sampai aku tanya mak aku, kenapa tadi dorang tak panggil sayang nenek dulu sebelum tutup muka dengan kain kafan?? mak aku cakap dah ada lagi sorang meninggal petang tu,so orang buat kerja cepat2. dorang panggil sayang dalam bilik air je, lepas dah siap mandikan jenazah. aku pun menyesal la sebab aku tidur petang tu. memang menyesal sangat. masa pergi kubur pun aku lambat juga. tunggu kereta lambat ): tak sempat nak tengok pun. sampai2 je dorang dah hadang liang lahad dengan papan. tapi tak apalah. dah takdir. aku terima dengan redha. aku harap nenek aku tenang di alam sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin~ al-fatihah.